Pages

Wednesday 4 February 2015

Nelayan atau Pemancing

Nelayan merupakan istilah yang biasa kita dengar. Berbagai jenis nelayan biasa kita jumpa. Ada nelayan laut dalam, nelayan sungai, dan sebagainya. Ada nelayan pukat tunda, ada nelayan bubu, ada nelayan memancing. Pendek kata nelayan merupakan pekerjaan yang dilakukan untuk mendapatkan ikan atau hasil laut dan sebagainya.




Pemancing juga termasuk dalam kategori nelayan, tapi ada perbezaan besar antara nelayan dan pemancing, walaupun kelihatan objektifnya hampir sama. Orang putih kata fisherman (nelayan) dan angler (pemancing).

Angler atau pemancing sebenarnya lebih kepada hobi atau sukan. Di negara kita, pemancing mungkin mensasarkan tangkapan saiz bagak. Berbagai foto yang kita jumpa memaparkan tangkapan bersaiz tong ikan, saiz kusyen motor, saiz selipar dan sebagainya. Jarang yang nak tunjuk tangkapan saiz 'lighter'. Tapi sebenarnya, saiz bukan ukuran dalam sukan memancing. Sebaliknya kepuasan, dengan menggunakan berbagai jenis umpan sama ada, umpan mati, umpan hidup atau pun umpan tiruan.

Nelayan mensasarkan hasil sebagai sara hidup, pemancing mensasarkan hasil sebagai satu kepuasan. Kecil atau besar saiz tangkapan bukanlah ukuran yang sebenar bagi pemancing, tapi KEPUASAN. Dulu BL suka memancing udang galah di sungai berhampiran tempat kerja BL, tp akibat kerakusan manusia yang sentiasa menuba bila ada peluang, menyebabkan set pancingan udang galah BL terpaksa berkarat di dalam stor sehingga suatu masa yang tidak diketahui.

Ada sorang rakan BL mensasarkan tangkapan spesis silembut bertangan lapan, sotong mabang, menggunakan teknik landbase eging yang agak baru di negara kita, tapi tidak di Jepun. Ada juga yang minat dengan pancingan UL (Ultra Light) atau Ultra Ringan, dimana umpan tiruan jenis yang bawah 10g beserta dengan padanan joran aksi lembut dan tali yang halus digunakan. Sasaran mereka tentulah bukannya ikan bersaiz mega.

Corak pancingan sedemikian masih baru di Malaysia memandangkan ramai antara pemancing lebih bersifat nelayan berbanding pemancing. Namun begitu prinsip tangkap dan lepas (TaGaL), semakin mendapat tempat di hati para pemancing di Malaysia bagi menjaga populasi ikan di Malaysia. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kepuasan dan menjanjikan lokasi pancingan yang tidak mudah pupus ditelan kerakusan manusia.


No comments:

Post a Comment