Pages

Wednesday 7 October 2015

Jerebu Oh Jerebu

Jerebu yang melanda negara sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti di padang pancing. Jerebu mampu mengundang penyakit yang melibatkan pernafasan seperti asma. Jarak penglihatan yang terhad menyukarkan tekong bot mencari kawasan pancing atau mencari jalan pulang. Namum dengan teknologi GPS perkara sebegini dapat dielakkan.



BL sempat berkunjung ke Pulau Ular, pada  oktober yg lalu. Jarak penglihatan ketika itu sekitar 200 meter shj. Ramai nelayan di situ tidak berani ke laut, dikhuatiri gagal mencari jalan pulang. Kalau ada yang turun pun, sekitar pesisir pantai shj dan yg mempunyai GPS.

Di Pulau Ular, BL memancing menggunakan teknik bottom dan casting. Teknik bottom digunakan bila dah penat casting @ ketika bersembang2 bersama rakan. Di pulau ini, BL berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan kerapu dgn teknik casting menggunakan zman soft plastic.



Pulau Ular mempunyai kawasan batu karang yang luas, jika air surut, kita bh berjalan sehingga 200 meter dr daratan pulau. Namun kena beringat, takut2 air pasang tak sempat pulang ke daratan pulau. Banyak berlaku kes sebegini dilaporkan yang melibatkan kematian. Keselamatan mesti diutamakan. Malang tidak berbau.


No comments:

Post a Comment