Pages

Thursday 12 February 2015

Pancing Batu

Batu Pancing atau Pancing Batu? Batu pancing biasa kita dengar. Juga dikenali sebagai Batu Ladung, Pemberat, Timah atau Batu Pelari, disesetengah tempat. Pancing Batu ni apa benda pulok??



Istilah pancing batu masih baru di Malaysia walaupun ramai pemancing mempraktikkannya. Pancing batu merupakan istilah bagi aktiviti memancing di kawasan berbatu, kata orang putih 'rock fishing'. Pancing batu atau pancingan di awasan berbatu ni ada cabaran yang tersendiri berbanding jenis2 pancingan yang lain. Ye la, terpaksa berjalan2 di atas batu yang kadang kala licin dan berbagai bentuk. Berulamkan teritip2 yang tajam mampu membelah kaki si pemancing. Namun bagi peminat pancing batu, itu semua adalah asam garam kehidupan seorang pemancing. Jika tiada cabaran, kurang lah keseronokannya.

Sasaran bagi pemancing jenis ini tentulah spesis yang menghuni celah-celah batu seperti kerapu dan siakap merah. Lokasinya tentulah kawasan berbatu, tak kira la batu bukit atau batu asal mahu pun batu tambak atau pemecah ombak.

No comments:

Post a Comment