Pages

Thursday 19 March 2015

Light Rock Fishing

Light Rock Fishing (LRF) merupakan aktiviti pancingan yang menggunakan kelengkapan ringan dan biasanya mensasarkan ikan bersaiz kecil. Kelengkapan yang diperlukan biasanya terdiri dari joran aksi ringan atau ultra ringan, dipadankan dengan kekili bersaiz 500 - 1000, serta penggunaan umpan tiruan jenis kecil bersaiz beberapa gram sahaja. Namun begitu, terdapat juga kebarangkalian di mana ikan bersaiz besar akan menyambar umpan.


Light Rock Fishing ini mensasarkan ikan di kawasan berbatu dan lebih sebagai suatu hobi atau sukan memancing. Pemancing LRF seperti ini biasanya akan mempraktikkan TaGaL (Tangkap dan Lepas) atau CnR (catch and release) dalam bahasa inggerisnya.

Kaedah LRF ini mampu menghilang stress kepada pemancing. Ini kerana, bukan saiz yang menjadi ukuran keseronokan memancing. Ianya juga boleh menjadi satu pengalaman baru terutamanya golongan kanak-kanak yang mula berjinak2 dengan sukan memancing. Praktik tangkap dan lepas juga boleh membantu menambah populasi ikan di negara kita. Jika semua orang mengambil semua yang ada, tidak mustahil suatu hari nanti populasi ikan di perairan negara akan berkurang.


No comments:

Post a Comment