Pages

Monday 2 March 2015

Keselamatan Semasa Memancing

Seperti kita semua sedia maklum, kaedah pancing batu mempunyai cabaranya yang tersendiri berbanding kaedah pancingan yang lain. Demi menjaga keselamatan, langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.

Memandangkan kawasan berbatu mempunyai struktur yang tidak rata, licin, tajam dan berteritip, pemancing perlu sentiasa menjaga keselamatan masing-masing.



Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan semasa melakukan aktiviti pancing batu adalah seperti:


  • Buat tinjauan terlebih dahulu sebelum pergi ke sesuatu struktur yang anda belum pernah pergi. Tengok keadaan laluan turun naik, keadaan air pasang. Perhatikan atau tanya pemancing2 sekitar jika ada.
  • Perhatikan cuaca atrau sebarang perubahan cuaca yang mungkin berlaku. Elakkan bergerak ke tempat2 sukar jika cuaca dijangka hujan atau ombak kuat. Sebaiknya cari tempat berteduh atau pulang sahaja jika cuaca tidak mengizinkan.
  • Jangan memancing berseorangan. Walau bagaimana arif pun anda tentang sesuatu lokasi, sebolehnya elakkan memancing berseorangan. Perkara luar jangka yang mungkin berlaku dapat dielakkan jika memancing secara berteman. Sekurang-kurangnya, teman anda dapat meminta pertolongan jika berlaku sebarang musibah.
  • Sediakan pakaian yang sesuai seperti kasut anti-gelincir, seluar tidak terlalu besar yang menyukarkan pergerakan. Jika perlu, pakai life-jacket sebagai langkah keselamatan tambahan.
Sentiasalah amalkan langkah keselamatan demi orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment