Thursday, 19 March 2015
Light Rock Fishing
Light Rock Fishing (LRF) merupakan aktiviti pancingan yang menggunakan kelengkapan ringan dan biasanya mensasarkan ikan bersaiz kecil. Kelengkapan yang diperlukan biasanya terdiri dari joran aksi ringan atau ultra ringan, dipadankan dengan kekili bersaiz 500 - 1000, serta penggunaan umpan tiruan jenis kecil bersaiz beberapa gram sahaja. Namun begitu, terdapat juga kebarangkalian di mana ikan bersaiz besar akan menyambar umpan.
Monday, 2 March 2015
Keselamatan Semasa Memancing

Memandangkan kawasan berbatu mempunyai struktur yang tidak rata, licin, tajam dan berteritip, pemancing perlu sentiasa menjaga keselamatan masing-masing.